Thursday, 18 October 2018

Prinsip latihan berbasikal berprestasi tinggi

Bila membicarakan latihan berbasikal berprestasi tinggi banyak perkara yang perlu di pertimbangkan. Dalam pengalaman saya berkursus dengan berbagai instructor dari luar negara khusus dari barat ramai yang mengatakan :

1. seorang pelumba perlu banyak berkayuh , lagi banyak km, lagi kuat kaki seseorang pelumba itu .2. pelumba di asia rata rata kurang berkayuh dan kurang km pada kaki mereka dan sebab itulah prestasi mereka jauh ketinggalan berbanding pelumba eropah .3. pelumba eropah terutama profesional berkayuh sejauh 35,000km - 45,000km setahun .


Itu hanya menyentuh satu perkara sahaja dari segi latihan , sedangkan terlalu banyak perkara yang perlu diambil kira . sebenarnya melalui pengalaman dan pembelajaran secara rasmi dan tidak rasmi , banyak perkara atau pengetahuan yang saya timba dan ingin saya kongsi bersama orang - orang yang ingin mendengarnya atau berminat . senario di malaysia ini masalahnya terlalu ramai orang yang berlagak pandai atau rasa mereka sudah terlalu pandai dengan sekadar mereka mengetahui atau mahir sesuatu perkara sahaja dalam latihan berbasikal, sering mempengaruhi orang ramai agar mengikut cara atau teknik mereka.


keadaan ini sebenarnya akan merosakkan generasi sukan berbasikal di malaysia kerana banyak sangat ajaran atau fahaman songsang membuat orang ramai terkeliru . ini juga membantutkan perkembangan sukan berbasikal di malaysia . selepas azizul tidak akan dapat lagi pelumba yang setaraf dengannya selepas ini. senario di malaysia juga biasanya orang akan terpengaruh kepada perkara perkara yang popular contoh seperti iklan produk kesihatan atau trend tertentu yang menjadi ikutan.


No comments:

Post a Comment