Wednesday, 12 December 2018

kayuhan bandar ke bandar


Ramai dikalangan pengayuh basikal telah biasa mengayuh dalam satu-satu daerah atau satu-satu bandar. Mungkin ada yang ingin merasa kelainan dalam mengayuh basikal.

Kebanyakan orang ada yang telah biasa dengan suasana persekitaran semasa melalui jalan bandar. Tetapi apabila mengayuh basikal , kita akan merasai suasana pemandangan yang berbeza. Dalam keadaan kita bergerak dengan basikal, banyak perkara-perkara detail yang kita akan dapat nikmati semasa mengayuh.

Banyak orang salah faham penerapan nilai-nila semasa mengayuh. Disini kita bercerita pasal satu nilai sahaja "Yang penting adalah apa yang kita dapat dan rasa (nikmati) semasa mengayuh. Bukan apabila kita sampai ke tempat kita mengayuh". Untuk mendapat lebih nikmatnya kita perlu melakukan kayuhan perjalanan balik pula. Maksudnya apabila kita sampai ke destinasi kita perlu berihat dan menyimpan tenaga untuk kayuhan balik. Nikmat kayuhan perjalanan balik berbeza dengan nikmat kayuhan perjalanan semasa pergi.

Bagi pengayuh rekreasi, basikal digunakan sebagai alat rekreasi atau alat untuk bersukan atau alat untuk berkomuniti. Basikal bukan digunakan sebagai kenderaan untuk pergi ke satu-satu tempat.

Apabila kita melakukan kayuhan rekrasi atau kayuhan santai atau kayuhan suka-suka maka kita perlu nikmati kayuhan kita tersebut. Kalau mengayuh berlumba macam orang nak 'terkincit' mencari tandas, tak ada la nikmatnya mengayuh. Kalau mencari nikmat berlumba dapatlah, kalau itulah nikmat yang dicari. Kiasannya adalah antara orang makan kerana lapar atau kebulur dengan orang makan kerana nak menikmati makanan. Penghayatannya tentu berbeza.

Jadi apabila mengayuh antara bandar ke bandar nanti, marilah kita sama-sama nikmati kayuhan dan pemandangan akan dilalui dalam laluan kayuhan. Jangan gopoh-gopoh nak cepat sampai. Memang ada fesyen mengayuhnya kayuh laju-laju dan tinggalkan yang orang 'slow'.

No comments:

Post a Comment