Wednesday, 12 December 2018

harga kesihatan kita


Basikal ada macam-macam jenis dan harganya juga ada macam-macam peringkat. Orang yang mengayuh ada macam-macam kategori. Ada yang tak hiraukan apa basikal yang dikayuh, yang penting seronoknya mengayuh. Ada yang amat pentingkan basikal, kalau nak kayuh mesti kayuh basikal yang mahal. Kalau tengok basikal yang murah langsung tak ada selera nak mengayuh.

Bagi mendapatkan sebuah basikal pun ada macam-macam cara. Ada yang mahukan basikal percuma sahaja. Ada yang sanggup bayar RM50 sahaja. Ada juga yang sanggup bayar sampai RM5 ribu hingga RM15 ribu untuk sebuah basikal. Itu pasal harga yang orang sanggup bayar untuk sebuah basikal.

Sekarang mari kita pandang dari sudut lain pula.

Bila kita mengayuh basikal maksudnya kita mahu bersukan, bersenam dan rekreasi. Tujuannya yang tersirat adalah untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Kalau semata-semata nak mengayuh untuk bersukan, bersenam dan berhibur kita hanya dapat kulitnya sahaja. Inti kepada mengayuh iaitu mendapatkan kesihatan dan kecergasan yang baik untuk tubuh badan dan akal fikiran kita.
Mungkin ada yang akan mempertikaikan, betul ke, berbasikal boleh menjadikan kita sihat dan dapat menyembuhkan penyakit. Ramai yang merasakan tidak logik apabila dinyatakan bahawa kita boleh berubat dengan basikal. Kalau basikal boleh mengubat kita, tidak perlu kita berjumpa doktor. Kerajaan pula tidak perlu membazir membina hospital dan klinik serta melatih doktor, pembantu perubatan dan jururawat. Akan lebih banyak tumbuhnya kedai-kedai basikal berbanding klinik. Kerajaan dikehendaki menyediakan kedai basikal kerajaan berbanding klinik desa. Akan lebih banyak tumbuh kedai basikal swasta berbanding klinik swasta.

Persoalan diatas saya biarkan masing-masing jawab ikut pengalaman masing-masing.

Kita berbalik kepada 'harga yang orang sanggup bayar untuk sebuah basikal'. Harga tersebut adalah harga yang orang sanggup bayar supaya mereka tidak dihampiri oleh penyakit-penyakit yang biasa kita dengar.

Mudah katanya begini, bagi mereka yang sanggup bayar RM2 ribu untuk sebuah basikal bermakna mereka sanggup bayar RM2 ribu supaya mereka jadi sihat dan tidak dihampiri oleh penyakit-penyakit seperti yang biasa kita dengar. Lebih baik bayar RM2 ribu untuk membeli basikal supaya kita jadi sihat daripada kita membayar RM2 ribu untuk berubat penyakit-penyakit seperti yang biasa kita dengar.


Tetapi kalau dah beli basikal sampai RM2 ribu, tetapi kayuh 2 bulan sekali. Macam mana nak jauhkan diri dari penyakit-penyakit. Kalau nak berubat dengan basikal kenalah mengayuh sampai berpeluh bukan macam makan ubat lepas makan boleh baring dan tunggu kesan ubat meresap. Kalau beli basikal untuk menjadi sihat dan cergas kenalah keluar mengayuh sampai peluh. Kalau mengayuh 'jalan-jalan makan angin' lepas tu singgah kedai mamak makan roti canai dan teh tarik sambil berharap menjadi bertambah sihat dengan cara begitu. Akan bertambah cepat penyakit-penyakit datang. Membazir saja beli basikal sampai RM2 ribu.

Lebih baik pergi berlari atau berenang atau sewa kayak. Jumat duit, boleh tambah pelaburan dalam ASB.
Berlari, berenang, berkayak dan berbasikal adalah sukan yang seimbang. Kita menggunakan serentak kesemua anggota kita ketika menjalankan aktiviti tersebut. Kebanyakan sukan lain menggunakan sebelah anggota tubuh badan kita sahaja. Kalau main ping-pong dan badminton kita akan guna sebelah tangan sahaja. Kalau main bola den takraw kita sepak dengan sebelah kaki sahaja. Kalau berlari, berenang, berkayak dan berbasikal kita perlu gunakan serentak kaki dan tangan kita. Tetapi berlari, berenang dan berkayak banyak bezanya dengan berbasikal. Semasa berlari berbasikal dan berenang, ada orang membuat hayunan yang tidak seimbang antara kaki dan tangan masing-masing. Tetapi semasa berbasikal kedudukan dan pergerakan telah dikawal oleh bentuk basikal. Semasa mengayuh hayunan kaki adalah sama antara kanan dan kiri kerana kaki akan mengikut putaran pengayuh secara sama rata.


Akhir sekali, kita semua berhak memilih cara bersukan dan cara menjaga kesihatan masing-masing. Mana ada tempat atau negara yang semua orangnya menggunakan basikal lebih banyak berbanding kenderaan bermoto?

ingin berjaya dalam perniagaan basikal?


1. Jangan berbelanja melebihi pendapatan.

Perkara ini sering dilakukan dalam perniagaan. Ada orang kata, satu daripada empat wanita yang memulakan perniagaan akan gagal? Ada juga orang kata, empat daripada lima orang lelaki gagal dalam perniagaan? Alasan biasa: Mereka berbelanja lebih banyak dari yang mereka dapat.

Jumlah wang yang anda terima dipanggil "jualan kasar," atau gross sales. Wang yang anda belanjakan untuk menjaga perniagaan anda akan dipanggil "atas kepala." atau overhead. Overhed ini termasuk sewa, bil telefon dan elektrik. Perbelanjaan yang paling besar adalah kos "inventori" - barang-barang yang ketara yang anda akan jual.

Apa yang tinggal selepas dibelanjakan adalah "keuntungan." Anda boleh berseronok dengan semua keuntungan anda, dan jika anda bernasib baik, perniagaan anda akan terus membuat kira-kira jumlah keuntungan yang sama setiap hari.

Tetapi adalah lebih baik anda melabur semula sebahagian daripada keuntungan anda dalam mengembangkan perniagaan basikal anda. Ambil sedikit sahaja keuntungan anda, kembalikan kepada perniagaan basikal anda.

2. Perniagaan yang sihat adalah perniagaan yang terus meningkat.

Semasa keadaan perniagaan basikal anda meningkat naik adalah amat penting untuk anda bersedia menghadapi kemurungan perniagaan basikal anda. Bersedia untuk menghadapik kejutan seperti pesaing baru, kekurangan bekalan, atau perubahan dalam trend membeli.

3. Ego boleh merosakkan perniagaan basikal anda.

Salah satu daripada sebab utama orang menghabiskan lebih banyak wang yang mereka dapat adalah kerana mereka merasa perlu untuk 'menunjukkan kehebatan kepada masyarakat.' Ini adalah satu situasi yang didorong oleh ego yang sebenarnya boleh dielakkan. Sebagai contoh, kawan anda mempunyai peralatan membaiki basikal yang terbaru dan mahal, sedangkan dia tidak terlibat dalam perniagaan basikal. Anda tidak perlu peralatan tersebut pada masa ini maka anda tidak perlu membelinya.

4. Semenjak dari hari pertama anda harus imbangkan antara perbelanjaan dan keuntungan

Apabila berhadapan dengan beberapa pilihan bagaimana untuk melaburkan wang dalam perniagaan anda, pilihlah pelaburan yang paling selamat dan menguntungkan. Pertimbangankan dengan teliti setiap sen dan setiap keputusan.

5. Awasi kebocoran wang dalam perbelanjaan overhed.

Sudah pasti, anda perlu menggunakan elektrik, dan mungkin akan mahu mempunyai insurans apabila perniagaan anda berkembang. Tetapi teliti segala kos yang lebih daripada RM25 sebulan dan lihat jika ia boleh dikurangkan atau dihapuskan. Adakah anda benar-benar memerlukan dua talian telefon? Bolehkah anda membeli alat kimpalan anda atau menyewanya? Adakah anda memerlukan langganan akhbar? Tiap-tiap RM25 sebulan yang anda jumatkan akan memberikan anda RM300 setiap tahun untuk dilaburkan semula sebagai inventori. Antara kebocoran yang besar dalam perniagaan basikal mengupah orang. Apa-apa yang boleh anda lakukan sendiri anda sendiri lakukan, jangan bayar kepada orang lain.

6. Dalam perniagaan basikal, hampir semua kos iklan tidak menguntungkan.

Dalam erti kata lain, jika anda membayar RM30 seminggu untuk iklan dikelaskan dalam akhbar, ia adalah sangat tidak mungkin untuk meningkatkan keuntungan anda dengan RM30 sehari. Satu-satunya pengecualian kepada peraturan pengiklanan dalam buku panduan telefon.

7. Gunakan iklan 'mulut ke mulut'

Beri orang suka bercakap tentang sesuatu yang ada disekeliling. Membiarkan orang bercakap adalah cara yang sangat paling berkesan untuk mengembangkan perniagaan basikal anda. Jadi, gunakan sikat, pen, pita pengukur, dan lain-lain yang orang selalu guna sebagai cenderamata yang boleh memaparkan alamat, nombor telefon dan slogan perniagan basikal anda. Beri barang-barang tersebut kepada pelanggan-pelanggan anda, dan tunggu mereka sebarkan reputasi anda. Perbelanjaan pengiklanan begini lebih menguntungkan pelanggan kerana mereka mendapat sesuatu yang mereka akan guna.

8. Dapatkan promosi percuma

Jika anda boleh melakukan sesuatu yang berbeza dalam perniagaan anda orang ramai akan bercakap tentang cara anda, anda akan mendapati maklumbalas yang sangat meluas. Anda boleh menaja kelab basikal ditempat anda tempatan dan berkayuh dengan mereka. Anda boleh melakukan pemeriksaan keselamatan percuma pada petang Ahad. Anda boleh adalah sudut pameran basikal antik di kedai anda. Anda boleh cuba macam-macam idea yang keratif. Anda boleh berikan baju t percuma dengan setiap basikal. Atau sesuatu yang pelanggan tidak terfikirkan untuk mendapatkannya!

Apabila anda melakukan sesuatu yang berbeza, bukan saja orang bercakap tentang anda, tetapi wartawan dan bloger akan tulis mengenai anda di akhbar, majalah dan blog. Mungkin anda dijemput untuk bercakap dalam radio, atau ditemubual di TV. Ini adalah lebih berkesan daripada lain keadah pengiklanan, dan ia percuma.

9. Lebih baik bermula secara kecilan

Bina perniagaan anda dengan keuntungan dari perniagan anda, bukan dari sumber lain seperti pinjaman. Cara ini, jika perniagaan anda gagal berkembang, ia tidak menyakitkan. Anda boleh cuba lagi. Memang  banyak perniagaan baru gagal, anda juga tidak terkecuali. Tetapi anda meningkatkan potensi anda untuk berjaya jika anda bermula dalam keadaan mencuba dua, tiga, atau lebih kali sehingga anda benar-benar berhak untuk menikmati kejayaan sebagai pengusaha kedai basikal.

9. Berpegang kepada apa yang anda tahu.

Perkara yang buruk bagi perniagaan adalah memberikan maklumat teknikal yang tidak betul, atau membuat pembaikan atau penyesuaian yang anda tidak layak atau mampu untuk membuatnya. Fokuskan kepada apa yang anda mahir. Ini akan menyebabkan pelanggan akan sentiasa mencari anda, kerana anda adalah pakarnya, atau dikenali kerana mempunyai inventori dalam satu-satu kerja.

10. Layan pelanggan anda seperti raja

Jika anda melayan pelanggan dengan amat baik, dia tidak mungkin untuk keluar dan memberitahu semua orang betapa baik dan bagusnya anda. Tetapi jika anda melayan pelanggan anda dengan teruk, dia akan memberitahu 40 kawan-kawannya supaya mereka tidak berurus niaga dengan anda. Layan pelanggan anda seperti raja dan kedai basikal anda mungkin mendapat reputasi terbaik!

11. Simpan pelbagai stok tapi sikit-sikit dan banyak jenis

Buat penambahan barangan kerap tetapi dalam kuantiti yang kecil. Pelanggan akan datang dari masa ke semasa terutama jika mereka tahu anda mungkin mempunyai apa yang mereka perlukan.

Disebabkan anda baru mula berniaga, tambahan barangan sedikit-sedikit, tetapi banyak jenis. Pembelian sikit-sikit barang akan menyebabkan anda membeli dengan harga yang mahal. tetapi yang lebih penting adalah anda mempunyai pelbagai barangan yang pelanggan anda mahu.Walau bagaimanapun, kos tambahan yang kecil dapat diimbangi dengan mempunyai apa yang pelanggan anda mahu sekerap mungkin. Sangat penting untuk anda mendapatkan seberapa banyak pembekal yang anda boleh.

12. Berseronok dengan apa yang anda buat.

Wang akan datang jika kita seronok membuat apa yang kita suka buat. Wang akan lari (kita kena kejar) jika kita melakukan dengan perasaan tidak seronok.

kayuhan bandar ke bandar


Ramai dikalangan pengayuh basikal telah biasa mengayuh dalam satu-satu daerah atau satu-satu bandar. Mungkin ada yang ingin merasa kelainan dalam mengayuh basikal.

Kebanyakan orang ada yang telah biasa dengan suasana persekitaran semasa melalui jalan bandar. Tetapi apabila mengayuh basikal , kita akan merasai suasana pemandangan yang berbeza. Dalam keadaan kita bergerak dengan basikal, banyak perkara-perkara detail yang kita akan dapat nikmati semasa mengayuh.

Banyak orang salah faham penerapan nilai-nila semasa mengayuh. Disini kita bercerita pasal satu nilai sahaja "Yang penting adalah apa yang kita dapat dan rasa (nikmati) semasa mengayuh. Bukan apabila kita sampai ke tempat kita mengayuh". Untuk mendapat lebih nikmatnya kita perlu melakukan kayuhan perjalanan balik pula. Maksudnya apabila kita sampai ke destinasi kita perlu berihat dan menyimpan tenaga untuk kayuhan balik. Nikmat kayuhan perjalanan balik berbeza dengan nikmat kayuhan perjalanan semasa pergi.

Bagi pengayuh rekreasi, basikal digunakan sebagai alat rekreasi atau alat untuk bersukan atau alat untuk berkomuniti. Basikal bukan digunakan sebagai kenderaan untuk pergi ke satu-satu tempat.

Apabila kita melakukan kayuhan rekrasi atau kayuhan santai atau kayuhan suka-suka maka kita perlu nikmati kayuhan kita tersebut. Kalau mengayuh berlumba macam orang nak 'terkincit' mencari tandas, tak ada la nikmatnya mengayuh. Kalau mencari nikmat berlumba dapatlah, kalau itulah nikmat yang dicari. Kiasannya adalah antara orang makan kerana lapar atau kebulur dengan orang makan kerana nak menikmati makanan. Penghayatannya tentu berbeza.

Jadi apabila mengayuh antara bandar ke bandar nanti, marilah kita sama-sama nikmati kayuhan dan pemandangan akan dilalui dalam laluan kayuhan. Jangan gopoh-gopoh nak cepat sampai. Memang ada fesyen mengayuhnya kayuh laju-laju dan tinggalkan yang orang 'slow'.

kunci basikal tidak pakai rantai


Pengayuh basikal selalunya risau nak tinggalkan basikal masing-masing, bimbang kena curi. Kadang-kadang basikal siap rantai pun orang boleh curi. Basikal siap kunci kat atas kereta pun pencuri masih boleh curi. Tambahan pula kita rasa malas dan susah nak bawa rantai untuk kunci basikal. Kerana rantai yang dibawa perlu panjang dan ringan. Kalau rantai yang pendek tak cukup nak lilit bagi mengunci dua-dua tayar dan tempat duduk. Kalau tak dirantai sekali, nanti tinggal rangka basikal sahaja. Kalau nak bawa rantai yang panjang dah tentu berat. Apa cara kita nak pastikan basikal kita selamat. Cukup selamat untuk kita pergi solat di masjid atau untuk kita pergi pinjam buku di perpustakaan.

Negara kita masih belum sampai tahap negara Mesra Basikal. Kita ada banyak tempat parking bas, kereta, motosikal, kapal terbang dan kapal laut. Tetapi kita tak ada tempat untuk parking basikal. Kebanyakan tempat yang kita pergi kita terpaksa parking basikal depan mata kita atau minta kawan tunggu basikal kita. Kalau kita mengayuh basikal seorang diri dan kita nak masuk tandas awam, nak tinggalkan dimana basikal kita. Nak heret basikal masuk dalam tandas? Nak minta tukang jaga tandas tolong tengokkan? Nak sorok basikal dalam semak? Atau nak tahan dan tahan sampai jumpa orang yang kita kenal untuk tolong jaga basikal? Atau kena pakai lampin pakai buang.

Mungkin juga anda pernah cuba nak menghadiri satu program rasmi kerajaan yang diadakan di padang. Anda pergi dengan menaiki basikal. Sampai di kawasan program tersebut, anda dihalang oleh anggota polis atau rela atau urusetia program daripada memasuki kawasan padang dengan mengheret (bukan kayuh) basikal. Anda nak parking basikal dimana? Nak rantai kat pokok, pekerja majlis tak benarkan, nanti rosak pokok.. Nak rantai kat tiang lampu, penguatkuasa tak benarkan, nanti calar tiang atau cacat pemandangan bila VIP  sampai. Urusetia program hanya sediakan tempat parking untuk VIP, orang awam dan motosikal. Tempat parking basikal tak ada kerana bagi orang yang tak minat berbasikal 'mustahil' akan ada orang yang datang dengan basikal. Sedangkan basikal adalah kenderaan utama bagi bebudak sekolah rendah. Kepada pengayuh yang tak berapa sayang (basikal murah) boleh la parking bertaburan sekitar tempat program.

Bagi komuniti yang mesra basikal, mereka menghormati niat pengayuh basikal untuk berbasikal. Kerana pengayuh basikal adalah orang yang mencintai alam sekitar dan menjaga kesihatan. Mereka suka kurangkan perbelanjaan untuk petrol dan mereka tidak suka berbelanja untuk rokok. Komuniti mereka menyediakan pelbagai kemudahan untuk menyokong minat pengayuh basikal. Pergi kerja dengan basikal bukanlah perkara yang asing bagi komuniti mereka. Malah ditempat kerja ada tempat khas untuk parking atau simpan basikal dan ada pula tempat mandi dan bersalin pakaian kerja.


Berbalik kepada masalah nak pergi solat atau nak pinjam buku di perpustakaan. Seorang pereka muda dari British, Kevin Scott yang baru berusia 21 tahun telah mencipta basikal yang boleh dilipat atau dibengkokkan pada tiang untuk dikunci. Dengan basikal ini, kita tidak lagi perlu membawa rantai basikal dan kunci basikal. Kerana rantai dan kuncinya telah ada pada basikal boleh lipat ini. Kevin Scott menggunakan keadah  'ratchet system' yang dibina dalam rangka basikal bagi membolehkan ini dilipat dan dikunci pada tiang.

Kevin Scott adalah pelajar tahun akhir 'De Montfort University' yang mengambil jurusan 'Product Design'. Mampukan rakyat Malaysia dengan semangat Satu Malaysai mampu menghasilkan basikal boleh bengkok yeng lebih daik daripada Kevin Scott from De Montfort University.

Inilah basikal yang betul-betul boleh dilipat dua. Mungkinkah orang Malaysia akan hasilkan basikal boleh lipat tiga pula.

Kayuh basikal boleh mengubah kehidupan kita


Hidup kita mesti ada rentak, tidak kira apa pun yang kita lakukan, kita mesti tahu di mana nak memecut dan bila harus memperlahankan rentak dan menyimpan tenaga macam mengayuh basikal.


Basikal racing  jenama Mazona Shimano Durace/Ultegra/105 dengan tayar tubless dan padel sarung/sangkar jenama Shimano 600 yang orang dah tak pakai. Menggunakan fork carbon fiber serta guna handel leper. Hub zipp emas dan tayar tubless. Mazona Shimano ini telah dijual.

Hobi mengayuh basikal ada falsafah yang boleh menjadi pegangan hidup kita. Rahsia ini tidak tercungkil jika kita tidak perasan bahawa mengayuh dan hidup ada persamaan. Untuk mengayuh basikal kita perlu mampu imbangkan badan. Untuk meneruskan hidup yang sempurna kita harus mampu imbangkan fokus kita. Untuk maju dalam kerjaya dan perniagaan kita harus mampu membuat keputusan yang seimbang. Untuk menjadi pemimpin juga kita perlu imbangkan perwatakan kita.

Mengayuh basikal mengajar kita supaya mengayuh dengan seimbang antara kaki kanan dan kaki kiri. Tangan juga perlu seimbang antara tangan kiri. Tetapi ada masanya kita akan mengurangkan pegangan tangan salah satu tangan. Kadang-kadang kita mampu mengayuh basikal dengan melepaskan kedua tangan.

Begitu juga dalam kehidupan. Cakap-cakap orang yang baik dan buruk kita harus mampu membuat tindakan yang seimbang. Jika kita condong sebelah pihak sahaja maka kita akan mengayuh dengan sebelah kaki sahaja. Ada juga yang mempunyai 'skill' untuk mengayuh sambil 'lepas tangan'. Jika, kita telah mempunyai bakat dan kemahiran dalam satu-satu keadaan kita mampu membuat keputusan secara 'lepas tangan' juga tetapi haluan hidup tetap lurus. Kita tidak tersungkur. Basikal tidak rosak dan kehidupan kita tidak rosak.

Mengayuh basikal juga perlua ada rentak. Ada masa kita kayuh santai ada masa ketika melintas lampu isyarat kita kena pecut lebih laju. Ada masa kita terpaksa mengayuh selaju-lajunya kerana telah ditinggal jauh oleh kawan atau dkejar anjing gila. Kalau kita tersangkut antara mak lembu dengan anak lembu apa rentak nak pakai. Kita bukan nak buat apa-apa pun katt anak lembu tu, tapi mak lembu yang berada di seberang jalan tak percaya kan kita. Rentak apa nak pakai kalau bukan rentak seribu.

Begitu juga dengan kehidupan. Bukan semua keputusan dan tindakan kita perlu buat segera dan pantas. Ada keputusan perlu betul-betul cepat kalau tidak rugi. Ada pula keputusan kita perlu buat dengan perlahan dan tenang supaya tidak rugi puluh atau ratus ribu.

Basikal adalah sukan individu. Kita tidak perlukan 22 orang untuk memulakannya macam bola sepak. Kita juga tidak perlukan tempat khas untuk mengayuh macam main ping-pong. Kita boleh kayuh bila-bila kita selesa. tak boleh kayuh pagi, kayuh petang. Tak boleh petang kita kayuh malam. Kalau kita tak mampu nak kayuh belah malam (mungkin kita ada benda lain nak kayuh) kita boleh kayuh waktu subuh-subuh, terus ke surau.

Begitu juga kemampuan kita untuk bersaing. Kita tidak boleh terlalu bergantung pada satu-satu orang atau satu-satu cara atau satu-satu tempat. Bila berubah keadaan sekeliling kita, kita boleh ikut berubah.

Perlu diingat, jarak perjalanan serta tempoh kayuhan yang lama akan membuatkan kita letih dan jemu, jadi adalah penting untuk kita memiliki tempo yang boleh dijadikan panduan bagi memastikan kita tidak terlalu ketinggalan daripada pengayuh yang lain.

Dalam kehidupan kita mesti ada rentak juga. Ada hari dan masa kita perlu bergerak dengan pantas sepanjang masa supaya kita tidak ketinggalan. Ada ketika kita perlu perlahankan rentak kita supaya kita tidak meninggalkan kawan-kawan dan kawan-kawan mahu terus berkawan.

Dalam mengayuh kita perlu tetapkan sasaran. Berapa jarak kita nak kayuh. Mampukan kita mangayuh jarak tersebut. Mampukan mental dan fizikal kita menempuh laluan tersebut. Cukupkah bekalan yang kita bawa, ada air dan ada pam dan tiub simpanan. Adakah kita nak pergi mengayuh dan balik naik lori.

Begitu juga hidup kita. Kita perlu tahu apa yang kita hendak dalam hidup kita. Mampukah kita mencapai cita-cita kita. Cukupkan bekalan dan persediaan kewangan dan masa. Macam mana kalau tiba-tiba kita hilang fokus dan minat.

Berbasikal boleh mengubah hidup kita. Kita perlu cari caranya dan sesuaikan dengan diri kita.

Tetapi ada kalangan kita yang telah berbelas malah berpuluh tahun mengayuh tetapi gagal mengubah kehidupan, kenapa? Sama-sama kita mencari jawapan untuk diri kita sendiri. Kuncinya adalah kita perlu bertanya kepada diri kita. Tetapi apakah soalan yang kita perlu tanya pada diri kita? Soalan tersebut, juga kita perlu bertanya kepada diri kita. 

Seperti kata Lence Armstrong “It’s not about the bike”. Ini bukan sekadar cerita basikal tetapi 'It’s about never give up'.


Basikal racing atau basikal mountain yang best?


Sepatutnya kita tak boleh tandingkan antara basikal mountain bike dengan basikal racing. Keduanya mempunyai fungsi yang berbeza. Ada orang manganggap memilih keduanya adalah memilih satu aliran. Ada yang lebih fanatik lagi seolah-olah memilih antara mountain bike dengan racing. Kalau kelompok itu dah pilih basikal mountain bike orang dalam kelompok racing tak nak bercampur dengan mereka. Begitu juga sebaliknya. Kalau ada antara mereka yang telah bertukar haluan, menjual basikal racing dan menjadi penganut basikal mountain bike, maka kawan-kawan lama dalam racing akan terputus.


Trend ini memang dasyat masa dahulu. 15 tahun dulu. Orang basikal racing ni memang orang lama dalam basikal. Basikal mountain bike muncul kemudian. Kita mula-mula muncul basikal mountain bike tahun 1988 . ada pengayuh racing ketawa tengok basikal pelik. Ada juga yang kagum. Tapi saya tak kisah. basikal ini sukan individu, bukan kena ada 2 orang baru boleh jalankan aktiviti.

Lama-lama makin ramai orang pakai basikal mountain bike. Tapi pengayuh basikal racing terus memusuhi pengayuh basikal mountain bike. Selalunya pengayuh basikal muntain bike hanya diam sahaja. Satu ketika kumpulan mountain bike ini dipelawa menyertai kayuhan merdeka. Macam biasa, pengayuh mountain bike duduk jauh kerana asyik kena hentam. Satu ketika ada pengayuh terpinjam basikal mountain bike seseorang. Dia boleh gunakan basikal mountain bike untuk memintas kelompok pengayuh melalui jalan tanah . Baru dia tahu kelebihan basikal mountain bike.

Basikal mountain bike tidak direka untuk dikayuh dengan hebatnya dijalanraya. Kalau nak lumba dengan basikal racing atas jalan raya memang kalah. Begitu juga kalau basikal racing nak lumba dengan basikal mountain bike atas jalan tanah berbatu dan berpasir memang racing kalah. Ibarat motocross dengan superbike.

Sebenarnya kehadiran basikal mountain bike telah membawa era baru dalam dunia berbasikal. Aktiviti berbasikal menjadi rancak dengan kehadiran basikal mountain bike. Kemajuan dalam teknologi basikal mountain bike telah dapat dinikmati bersama oleh basikal racing.

Ramai orang segan nak berbasikal kerana terpaksa kayuh menonggeng atau membongkok. Kadang-kadang mereka buka segan tetapi otot pinggang tidak kuat. Kalau berada dalam posisi membongkok basikal racing lama-lama tentu pinggang sakit. Bila basikal mountain bike diperkenalkan maka ramai yang tidak segan untuk mengayuh basikal kerana tunduk perlu menonggeng dan membongkok.

dekat sini saya tak cadang nak cerita perbandingan teknikal antara basikal mountain bike dengan basikal racing.

Kini talah ada mereka yang menjadi pengayuh dua alam, mengayuh dalam hutan dan mengayuh dalam bandar. Mereka ada basikal mountain bike dan ada basikal racing. Kena keluar belanja lebih sikit. Kalau nak jadi pengayuh dua alam dengan cara yang jimat belanja. Anda boleh beli basikal mountain bike sahaja. Apa yang perlu dilakukan adalah membeli dua set rim. Satu rim pasang tayar botak untuk onroad atas jalan raya. Satu rim lagi pasng tayar berbunga untuk offroad dalam hutan.

Kalau nak cepat jadi kuat, anda boleh berlatih dengan basikal mountain bike dengan menggunakan tayar 26x21. Buat latihan atas jalan raya. Bila sampai masa menyertai acaranya baru tukar kepada basikal racing.

Mana best! basikal mountain bike atau basikal racing?

Dua-dua best. Cubalah dulu baru tau.

10 perkara bagaimana untuk berlatih bagi acara berbasikal 100km sehari


Banyak pengayuh yang telah bertahun-tahun mengayuh rekreasi. Paling jauh mereka mengayuh 50km ke 80km. Mungkin ada yang ingin mencuba berbasikal sejauh 100km di jalan raya dan ini boleh dijadikan cabaran besar untuk diri masing-masing. Kerana MENGAYUH BOLEH MENGUBAH KEHIDUPAN KITA. Setiap pengayuh tegar akan berangan-angan untuk mengayuh 100km macam Le Tour de Langkawi atau Tour de France. Macam Lance Armstrong atau macam Eddy Merckx.


Sebelum memulakan kayuhan 100km kita perlu bersedia dari sudut fizikal (mental cerita lain). Sepintas lalu bunyinya agak menakutkan dan menyeronokkan. Untuk menjadikan sasaran tersebut mampu dicapai kita kena mencubanya melalui latihan. Latihan tentulah ambil masa yang lama berdasarkan jarak maksima yang pernah dibuat sebelum ini. Kalau tak pernah kayuh sampai 50km, mustahil dapat mencapai jarak 100km dalam tempoh sebulan.

Jarak mampu kayuh kita ukur dengan cara begini. Setelah kita membuat kayuhan 10km atau 20km atau 50km atau apa-apa km, keesokannya kita masih bertenaga dn tidak sakit sakit badan. Esoknya masih mampu untuk lakukan kayuhan santai. Kalau esoknya sakit-sakit badan, maknanya masih dalam peringkat latihan. badan kita masih belum kuat dan masih belum boleh terima beban latihan/kayuhan yang kita buat.

Berikut 10 perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum menyertai acara kayuhan 100km sehari.

1• Sebagai permulaan kita perlu korbankan masa kita 2 kali seminggu. Seeloknya kita perlu 3-4 kali seminggu, sama ada dengan basikal atau diselangkan dengan sukan lain. Adakah anda mampu berlatih 3 kali seminggu? Tak mampu tak apa, kita ada cara lain.

2• Sebagai permulaan juga anda perlu mengayuh basikal 1 hingga 2 jam setiap kali latihan. Mampukah anda berbasikal selama 1 jam tanpa henti setiap kali berlatih.? Kalau tak mampu kita ada cara lain.

3• Sebagi permulaan juga anda TIDAK perlu tetapkan jarak untuk anda mengayuh basikal. Yang anda perlu tetapkan adalah tempoh masa, iaitu 1 jam atau 2 jam. Bukan 10km atau 20km. Dalam tempoh 1 atau 2 jam tersebut anda akan meningkat jumlah jarak (ansur maju). Perkara yang paling penting adalah anda mampu berlatih secara tetap 1 jam sehari dengan kadar 3 hari seminggu. Mampukah anda ikut jadual kayuhan yang anda mampu tetapkan? Kalau tak mampu tak apa, kita ada cara lain.

4• Dalam tempoh 2 minggu sebelum menyertai acara kayuhan 100km kita MESTI telah berjaya mengayuh jarak tersebut. Kalau tak mampu, tak apa, JANGAN masuk. Masuk acara yang lebih pendek jaraknya.

5• Jika anda tidak mampu untuk terus mengayuh selama 1 jam sehari dalam tempoh 3 kali seminggu, anda boleh ubah dan sesuaikan dengan kemampuan tubuh badan anda. Anda boleh memilih untuk mengayuh 30 minit sehari dengan 1 kali seminggu.Kesannya adalah sasaran 100km akan berganjak lebih jauh. Kecilkan sasaran anda cari acara yang tubuh badan anda telah bersedia.

6• Kita perlukan bahan api/tenaga (makanan/minuman) yang cukup untuk membolehkan kita berkemampuan meneruskan kayuhan sejauh 100km. Kita perlu berlatih untuk mengambil makanan dan minum semasa kita berlatih. Supaya kita dapat latih tubuh badan kita untuk ansur maju pulih dengan cepat dalam tempoh latihan. kita tidak mahu kehabisan tenaga sebelum sampai sasaran. Kita juga tidak mahu terlalu letih/lembik setelah berlatih.

7• Cara lebih mudah adalah dengan mengayuh bersama dengan orang yang telah berpengalaman mengayuh 4 jam atau 5 jam terus menerus. Lebih banyak panduan yang boleh diceritakan dan kita boleh memilih mana yang sesuai dengan tubuh badan kita. Untuk mengayuh 100km kita tidak boleh bergantung kepada latihan mengayuh sahaja. Mungkin kita perlukan latihan mengayuh 95% dan mendengar cerita (latihan teori) 5%.

8• Jangan lupa latihan pecut. Walaupun kita bukan nak menyertai perlumbaan tetapi kayuhan pecut dapat meningkatkan ketahanan badan anda dengan menaikkan kadar 'lactate threshold'. Ini adalh titik dimana badan kita memberitahu bahawa  ia sudah tidak mampu untuk meneruskan kayuhan.

9• latihan pecut kita dapat menaikkan titi tersebut. Kesannya anda boleh menunggang dengan lebih cepat dan lebih jauh sebelum badan anda sampai titik tersebut. Cuba melakukan 5 atau 6 kali pecutan tahap maksim dalam tempoh 1 minit atau 2 minit. Anda boleh lakukan latihan ini di kawasan berbukit atau berangin.

10• Jangan lupa bawa bekalan makanan dan jangan terlewat minum air. Kerap minum air tetapi sikit-sikit. Terutama jika cuaca panas dan perit. Jangan biarkan badan kita kehabisan air baru kita nak minum. Jangan sampai tekak kita terasa perit dan kering baru kita nak hirup air. Keadaan kita mungkin sudah terlambat untuk badan kita pulih dan menyejukkan diri. Awasi tanda merah pada muka kerana itu tanda badan kita dan panas. Jangan sampai merah dah sampai ke telinga itu dah bahaya. Seolah-olah radiator badan kita dah panas. Jangan minum air batu yang sejuk amat, kalau radiator kereta kita kurang air dan kita tambah dengan air sejuk, apa jadi pada engin?

Berikut adalah 10 perkara yang boleh kita lakukan semasa latihan kayuhan 100km. Berlatih dan beringat semasa berlatih supaya ianya menjadi ingatan pada acara sebenar.