1. Jangan berbelanja melebihi pendapatan.
Perkara ini sering dilakukan dalam perniagaan. Ada orang
kata, satu daripada empat wanita yang memulakan perniagaan akan gagal? Ada juga
orang kata, empat daripada lima orang lelaki gagal dalam perniagaan? Alasan
biasa: Mereka berbelanja lebih banyak dari yang mereka dapat.
Jumlah wang yang anda terima dipanggil "jualan
kasar," atau gross sales. Wang yang anda belanjakan untuk menjaga
perniagaan anda akan dipanggil "atas kepala." atau overhead. Overhed
ini termasuk sewa, bil telefon dan elektrik. Perbelanjaan yang paling besar
adalah kos "inventori" - barang-barang yang ketara yang anda akan
jual.
Apa yang tinggal selepas dibelanjakan adalah
"keuntungan." Anda boleh berseronok dengan semua keuntungan anda, dan
jika anda bernasib baik, perniagaan anda akan terus membuat kira-kira jumlah
keuntungan yang sama setiap hari.
Tetapi adalah lebih baik anda melabur semula sebahagian
daripada keuntungan anda dalam mengembangkan perniagaan basikal anda. Ambil
sedikit sahaja keuntungan anda, kembalikan kepada perniagaan basikal anda.
2. Perniagaan yang sihat adalah perniagaan yang terus
meningkat.
Semasa keadaan perniagaan basikal anda meningkat naik adalah
amat penting untuk anda bersedia menghadapi kemurungan perniagaan basikal anda.
Bersedia untuk menghadapik kejutan seperti pesaing baru, kekurangan bekalan,
atau perubahan dalam trend membeli.
3. Ego boleh merosakkan perniagaan basikal anda.
Salah satu daripada sebab utama orang menghabiskan lebih
banyak wang yang mereka dapat adalah kerana mereka merasa perlu untuk
'menunjukkan kehebatan kepada masyarakat.' Ini adalah satu situasi yang
didorong oleh ego yang sebenarnya boleh dielakkan. Sebagai contoh, kawan anda
mempunyai peralatan membaiki basikal yang terbaru dan mahal, sedangkan dia
tidak terlibat dalam perniagaan basikal. Anda tidak perlu peralatan tersebut
pada masa ini maka anda tidak perlu membelinya.
4. Semenjak dari hari pertama anda harus imbangkan antara
perbelanjaan dan keuntungan
Apabila berhadapan dengan beberapa pilihan bagaimana untuk
melaburkan wang dalam perniagaan anda, pilihlah pelaburan yang paling selamat
dan menguntungkan. Pertimbangankan dengan teliti setiap sen dan setiap
keputusan.
5. Awasi kebocoran wang dalam perbelanjaan overhed.
Sudah pasti, anda perlu menggunakan elektrik, dan mungkin
akan mahu mempunyai insurans apabila perniagaan anda berkembang. Tetapi teliti
segala kos yang lebih daripada RM25 sebulan dan lihat jika ia boleh dikurangkan
atau dihapuskan. Adakah anda benar-benar memerlukan dua talian telefon?
Bolehkah anda membeli alat kimpalan anda atau menyewanya? Adakah anda
memerlukan langganan akhbar? Tiap-tiap RM25 sebulan yang anda jumatkan akan
memberikan anda RM300 setiap tahun untuk dilaburkan semula sebagai inventori.
Antara kebocoran yang besar dalam perniagaan basikal mengupah orang. Apa-apa
yang boleh anda lakukan sendiri anda sendiri lakukan, jangan bayar kepada orang
lain.
6. Dalam perniagaan basikal, hampir semua kos iklan tidak
menguntungkan.
Dalam erti kata lain, jika anda membayar RM30 seminggu untuk
iklan dikelaskan dalam akhbar, ia adalah sangat tidak mungkin untuk
meningkatkan keuntungan anda dengan RM30 sehari. Satu-satunya pengecualian
kepada peraturan pengiklanan dalam buku panduan telefon.
7. Gunakan iklan 'mulut ke mulut'
Beri orang suka bercakap tentang sesuatu yang ada
disekeliling. Membiarkan orang bercakap adalah cara yang sangat paling berkesan
untuk mengembangkan perniagaan basikal anda. Jadi, gunakan sikat, pen, pita
pengukur, dan lain-lain yang orang selalu guna sebagai cenderamata yang boleh
memaparkan alamat, nombor telefon dan slogan perniagan basikal anda. Beri
barang-barang tersebut kepada pelanggan-pelanggan anda, dan tunggu mereka
sebarkan reputasi anda. Perbelanjaan pengiklanan begini lebih menguntungkan
pelanggan kerana mereka mendapat sesuatu yang mereka akan guna.
8. Dapatkan promosi percuma
Jika anda boleh melakukan sesuatu yang berbeza dalam
perniagaan anda orang ramai akan bercakap tentang cara anda, anda akan
mendapati maklumbalas yang sangat meluas. Anda boleh menaja kelab basikal
ditempat anda tempatan dan berkayuh dengan mereka. Anda boleh melakukan
pemeriksaan keselamatan percuma pada petang Ahad. Anda boleh adalah sudut
pameran basikal antik di kedai anda. Anda boleh cuba macam-macam idea yang
keratif. Anda boleh berikan baju t percuma dengan setiap basikal. Atau sesuatu
yang pelanggan tidak terfikirkan untuk mendapatkannya!
Apabila anda melakukan sesuatu yang berbeza, bukan saja
orang bercakap tentang anda, tetapi wartawan dan bloger akan tulis mengenai
anda di akhbar, majalah dan blog. Mungkin anda dijemput untuk bercakap dalam
radio, atau ditemubual di TV. Ini adalah lebih berkesan daripada lain keadah
pengiklanan, dan ia percuma.
9. Lebih baik bermula secara kecilan
Bina perniagaan anda dengan keuntungan dari perniagan anda,
bukan dari sumber lain seperti pinjaman. Cara ini, jika perniagaan anda gagal
berkembang, ia tidak menyakitkan. Anda boleh cuba lagi. Memang banyak perniagaan baru gagal, anda juga tidak
terkecuali. Tetapi anda meningkatkan potensi anda untuk berjaya jika anda
bermula dalam keadaan mencuba dua, tiga, atau lebih kali sehingga anda
benar-benar berhak untuk menikmati kejayaan sebagai pengusaha kedai basikal.
9. Berpegang kepada apa yang anda tahu.
Perkara yang buruk bagi perniagaan adalah memberikan
maklumat teknikal yang tidak betul, atau membuat pembaikan atau penyesuaian
yang anda tidak layak atau mampu untuk membuatnya. Fokuskan kepada apa yang
anda mahir. Ini akan menyebabkan pelanggan akan sentiasa mencari anda, kerana
anda adalah pakarnya, atau dikenali kerana mempunyai inventori dalam satu-satu
kerja.
10. Layan pelanggan anda seperti raja
Jika anda melayan pelanggan dengan amat baik, dia tidak
mungkin untuk keluar dan memberitahu semua orang betapa baik dan bagusnya anda.
Tetapi jika anda melayan pelanggan anda dengan teruk, dia akan memberitahu 40
kawan-kawannya supaya mereka tidak berurus niaga dengan anda. Layan pelanggan
anda seperti raja dan kedai basikal anda mungkin mendapat reputasi terbaik!
11. Simpan pelbagai stok tapi sikit-sikit dan banyak jenis
Buat penambahan barangan kerap tetapi dalam kuantiti yang
kecil. Pelanggan akan datang dari masa ke semasa terutama jika mereka tahu anda
mungkin mempunyai apa yang mereka perlukan.
Disebabkan anda baru mula berniaga, tambahan barangan
sedikit-sedikit, tetapi banyak jenis. Pembelian sikit-sikit barang akan
menyebabkan anda membeli dengan harga yang mahal. tetapi yang lebih penting
adalah anda mempunyai pelbagai barangan yang pelanggan anda mahu.Walau
bagaimanapun, kos tambahan yang kecil dapat diimbangi dengan mempunyai apa yang
pelanggan anda mahu sekerap mungkin. Sangat penting untuk anda mendapatkan
seberapa banyak pembekal yang anda boleh.
12. Berseronok dengan apa yang anda buat.
Wang akan datang jika kita seronok membuat apa yang kita
suka buat. Wang akan lari (kita kena kejar) jika kita melakukan dengan perasaan
tidak seronok.
No comments:
Post a Comment