Sepatutnya kita tak boleh tandingkan antara basikal mountain
bike dengan basikal racing. Keduanya mempunyai fungsi yang berbeza. Ada orang
manganggap memilih keduanya adalah memilih satu aliran. Ada yang lebih fanatik
lagi seolah-olah memilih antara mountain bike dengan racing. Kalau kelompok itu dah pilih basikal mountain
bike orang dalam kelompok racing tak nak bercampur dengan mereka. Begitu juga
sebaliknya. Kalau ada antara mereka yang telah bertukar haluan, menjual basikal
racing dan menjadi penganut basikal mountain bike, maka kawan-kawan lama dalam
racing akan terputus.
Trend ini memang dasyat masa dahulu. 15 tahun dulu. Orang
basikal racing ni memang orang lama dalam basikal. Basikal mountain bike muncul
kemudian. Kita mula-mula muncul basikal mountain bike tahun 1988 . ada pengayuh racing ketawa tengok basikal pelik. Ada juga yang kagum. Tapi saya
tak kisah. basikal ini sukan individu, bukan kena ada 2 orang baru boleh
jalankan aktiviti.
Lama-lama makin ramai orang pakai basikal mountain bike.
Tapi pengayuh basikal racing terus memusuhi pengayuh basikal mountain bike.
Selalunya pengayuh basikal muntain bike hanya diam sahaja. Satu ketika kumpulan
mountain bike ini dipelawa menyertai kayuhan merdeka. Macam biasa, pengayuh mountain bike duduk jauh kerana asyik kena
hentam. Satu ketika ada pengayuh terpinjam basikal mountain bike seseorang. Dia
boleh gunakan basikal mountain bike untuk memintas kelompok pengayuh melalui
jalan tanah . Baru dia tahu kelebihan basikal mountain bike.
Basikal mountain bike tidak direka untuk dikayuh dengan
hebatnya dijalanraya. Kalau nak lumba dengan basikal racing atas jalan raya
memang kalah. Begitu juga kalau basikal racing nak lumba dengan basikal
mountain bike atas jalan tanah berbatu dan berpasir memang racing kalah. Ibarat
motocross dengan superbike.
Sebenarnya kehadiran basikal mountain bike telah membawa era
baru dalam dunia berbasikal. Aktiviti berbasikal menjadi rancak dengan
kehadiran basikal mountain bike. Kemajuan dalam teknologi basikal mountain bike
telah dapat dinikmati bersama oleh basikal racing.
Ramai orang segan nak berbasikal kerana terpaksa kayuh
menonggeng atau membongkok. Kadang-kadang mereka buka segan tetapi otot
pinggang tidak kuat. Kalau berada dalam posisi membongkok basikal racing lama-lama
tentu pinggang sakit. Bila basikal mountain bike diperkenalkan maka ramai yang
tidak segan untuk mengayuh basikal kerana tunduk perlu menonggeng dan
membongkok.
dekat sini saya tak cadang nak cerita perbandingan teknikal
antara basikal mountain bike dengan basikal racing.
Kini talah ada mereka yang menjadi pengayuh dua alam,
mengayuh dalam hutan dan mengayuh dalam bandar. Mereka ada basikal mountain
bike dan ada basikal racing. Kena keluar belanja lebih sikit. Kalau nak jadi
pengayuh dua alam dengan cara yang jimat belanja. Anda boleh beli basikal
mountain bike sahaja. Apa yang perlu dilakukan adalah membeli dua set rim. Satu
rim pasang tayar botak untuk onroad atas jalan raya. Satu rim lagi pasng tayar
berbunga untuk offroad dalam hutan.
Kalau nak cepat jadi kuat, anda boleh berlatih dengan
basikal mountain bike dengan menggunakan tayar 26x21. Buat latihan atas jalan
raya. Bila sampai masa menyertai acaranya baru tukar kepada basikal racing.
Mana best! basikal mountain bike atau basikal racing?
Dua-dua best. Cubalah dulu baru tau.
No comments:
Post a Comment