Pengayuh basikal selalunya risau nak tinggalkan basikal
masing-masing, bimbang kena curi. Kadang-kadang basikal siap rantai pun orang
boleh curi. Basikal siap kunci kat atas kereta pun pencuri masih boleh curi.
Tambahan pula kita rasa malas dan susah nak bawa rantai untuk kunci basikal.
Kerana rantai yang dibawa perlu panjang dan ringan. Kalau rantai yang pendek
tak cukup nak lilit bagi mengunci dua-dua tayar dan tempat duduk. Kalau tak
dirantai sekali, nanti tinggal rangka basikal sahaja. Kalau nak bawa rantai
yang panjang dah tentu berat. Apa cara kita nak pastikan basikal kita selamat.
Cukup selamat untuk kita pergi solat di masjid atau untuk kita pergi pinjam
buku di perpustakaan.
Negara kita masih belum sampai tahap negara Mesra Basikal.
Kita ada banyak tempat parking bas, kereta, motosikal, kapal terbang dan kapal
laut. Tetapi kita tak ada tempat untuk parking basikal. Kebanyakan tempat yang
kita pergi kita terpaksa parking basikal depan mata kita atau minta kawan
tunggu basikal kita. Kalau kita mengayuh basikal seorang diri dan kita nak
masuk tandas awam, nak tinggalkan dimana basikal kita. Nak heret basikal masuk
dalam tandas? Nak minta tukang jaga tandas tolong tengokkan? Nak sorok basikal
dalam semak? Atau nak tahan dan tahan sampai jumpa orang yang kita kenal untuk
tolong jaga basikal? Atau kena pakai lampin pakai buang.
Mungkin juga anda pernah cuba nak menghadiri satu program
rasmi kerajaan yang diadakan di padang. Anda pergi dengan menaiki basikal.
Sampai di kawasan program tersebut, anda dihalang oleh anggota polis atau rela
atau urusetia program daripada memasuki kawasan padang dengan mengheret (bukan
kayuh) basikal. Anda nak parking basikal dimana? Nak rantai kat pokok, pekerja
majlis tak benarkan, nanti rosak pokok.. Nak rantai kat tiang lampu,
penguatkuasa tak benarkan, nanti calar tiang atau cacat pemandangan bila
VIP sampai. Urusetia program hanya
sediakan tempat parking untuk VIP, orang awam dan motosikal. Tempat parking
basikal tak ada kerana bagi orang yang tak minat berbasikal 'mustahil' akan ada
orang yang datang dengan basikal. Sedangkan basikal adalah kenderaan utama bagi
bebudak sekolah rendah. Kepada pengayuh yang tak berapa sayang (basikal murah)
boleh la parking bertaburan sekitar tempat program.
Bagi komuniti yang mesra basikal, mereka menghormati niat
pengayuh basikal untuk berbasikal. Kerana pengayuh basikal adalah orang yang
mencintai alam sekitar dan menjaga kesihatan. Mereka suka kurangkan
perbelanjaan untuk petrol dan mereka tidak suka berbelanja untuk rokok.
Komuniti mereka menyediakan pelbagai kemudahan untuk menyokong minat pengayuh
basikal. Pergi kerja dengan basikal bukanlah perkara yang asing bagi komuniti
mereka. Malah ditempat kerja ada tempat khas untuk parking atau simpan basikal
dan ada pula tempat mandi dan bersalin pakaian kerja.
Berbalik kepada masalah nak pergi solat atau nak pinjam buku
di perpustakaan. Seorang pereka muda dari British, Kevin Scott yang baru
berusia 21 tahun telah mencipta basikal yang boleh dilipat atau dibengkokkan
pada tiang untuk dikunci. Dengan basikal ini, kita tidak lagi perlu membawa
rantai basikal dan kunci basikal. Kerana rantai dan kuncinya telah ada pada
basikal boleh lipat ini. Kevin Scott menggunakan keadah 'ratchet system' yang dibina dalam rangka
basikal bagi membolehkan ini dilipat dan dikunci pada tiang.
Kevin Scott adalah pelajar tahun akhir 'De Montfort
University' yang mengambil jurusan 'Product Design'. Mampukan rakyat Malaysia
dengan semangat Satu Malaysai mampu menghasilkan basikal boleh bengkok yeng
lebih daik daripada Kevin Scott from De Montfort University.
Inilah basikal yang betul-betul boleh dilipat dua.
Mungkinkah orang Malaysia akan hasilkan basikal boleh lipat tiga pula.
No comments:
Post a Comment